Saturday, August 4, 2012

The Return Jihadist Part 1

Salam Al-Mubarak,

Hampir 2 tahun menyepikan diri. Kalut dengan pelbagai objektif dan sasaran bagi fungsi pelbagai sehingga terlupa untuk meng"update". Perjuangan Jihad ekonomi masih berterusan cuma pada kadar operasi dan analisa dan tidak ke peringkat mem"blogging".

Sekadar menyingkap aktiviti berkaitan :

1) Pelaburan

Setakat ini penglibatan dalam pasaran ekuiti masih terhad kepada IPO. Ini kerana keterbatasan ilmu dalam kedua-dua bidang kajian fundamental dan kajian teknikal. Namun syukur" Alhamdullilah" setakat ini 2 kaunter syarikat bidang asas milik kerajaan berjaya memberi pulangan yg baik melebihi 10% dan masih dikekalkan pemilikan ekuiti utk mengkaji pergerakan industri dan pembiasaan diri dengan AGM.

 Saham untung 1:

Pembelian pertama diperolehi melalui penawaran IPO saham bumiputra "MITI" sejumlah 17 lot dan &300 unit (17300 unit) dan berjaya dimiliki sebanyak 15 lot secara tunai.Belian unit tawaran pada harga RM.3.50 melibatkan kos pelaburan RM52500 secara tunai dari ASB pada sekitar Mei 2011. Jualan semula unit pada Julai 2011 sejumlah 5000 pada harga RM5.30 seunit dengan jualan bersih RM 26,306.05 dan jualan semula 5000 unit lagi pada harga RM 5.12 seunit dengan jualan bersih RM 25,412.72.  Jumlah belian 10,000 unit pada harga IPO RM 3.50 = RM 35,000 di tolak jumlah jualan semula, RM 51,718.77, maka untung bersih sebanyak RM16,718.77.

Saham untung 2:

Pembelian saham IPO melalui Maybank2u share sejumlah RM 4.45 sesaham pada jumlah 9 lot iaitu RM 40,050. Berjaya mendapat 6 lot (6000 unit) dan menjual semula unit pada kadar RM 5.47 untuk 2 lot dengan keuntungan sebanyak  RM 1970.01(RM 10,870.01 - 8900).

Keuntungan Keseluruhan Jualan Saham IPO bagi 2011 dan 2012 adalah RM 18,688.78.

bersambung........





No comments:

Post a Comment