Monday, April 12, 2010

Matlamat Pengurusan Kewangan dan Jihad Harta

Salam,

Berikut matlamat pengurusan harta muslim,

1. Hutang:

Hindari Riba, segera lunaskan, mengelak atau minimakan berhutang dan beri hutang kepada mereka yang benar-benar perlukan atas niat bersedia untuk bersedekah.

Ingat bahaya hutang- terjebak dengan dosa besar RIBA, hati menjadi dayus, suka meminta-minta dan paling merisaukan ialah amalan akan tergantung di sisi Allah hatta seorang syuhadah sekalipun.

2. Belanja:

Hindari pembaziran dan sikap boros. Utamakan keperluan. Minimakan belanja atas sebab kemahuan jika tidak hapuskan sama sekali. Bijak memilih dan mengurangkan kos sekiranya berpeluang.

Ingat bahaya berbelanja melampau- membesarkan nafsu dan syahwat serta cinta dunia, menzalimi diri sendiri dan mengundang kefakiran.

3. Menyimpan dan melabur:

Saya lebih suka meletakkan menabung seiring melabur kerana menabung seharusnya juga merupakan satu pelaburan yang diletakkan di tempat berisiko rendah. Manakala melabur pula tergolong kepada usaha niaga untuk mendapatkan keuntungan pada risiko sederhana dan tinggi.

Menabung semata-mata menabung adalah merugikan jika tabungan itu tidak bergerak mencipta pendapatan kerana harta yang disimpan beku terdedah kepada susutnilai atau inflasi(harta dalam nilai matawang. Ini tidak sihat kepada maslahat umum dalam menggerakkan ekonomi. Manakala harta yang ditabung dalam bentuk pelaburan dapat berperanan sebagai bekalan kecemasan disamping menambah pendapatan dan boleh dizakatkan.

Melabur pula boleh dilibatkan dengan penambahan modal samada nyata (modal niaga) atau modal ilmu. Tujuan melabur adalah untuk menambahkan pendapatan dan peningkatan harta dan sekaligus menambahkan kemampuan berzakat dan bersedekah.


4. Sedekah, Infaq dan Waqaf

Membelanjakan harta demi manfaat manusia dan umat demi mendapatkan keredhaan Allah. Dimulakan dengan penyucian harta subhah, membayar zakat, bersedekah, infaq dan melaksanakan waqaf semasa hiduo atau mewasiatkan setelah mati.

Pada saya inilah matlamat utama seorang mujahid ekonomi , hartawan salik dalam mencapai keselamatan dunia dan akhirat. Supaya keluarga dan masyarakat ditinggalkan dengan bekalan yang bermanfaat disamping menjadi bekalan pahala berterusan.

Inilah yang sayadapat kongsikan dalam perjalanan jihad ekonomi. Hidup bebas tanpa hutang dan meminta-minta sehingga terdedah untuk memakan riba, rasuah, pecah amanah dan mengambil melalui jalan haram. Agar harta dari cara mendapat,mengurus dan menyalurkannya diberkati Allah beserta niat Ikhlas kerana Allah swt semata-mata.

No comments:

Post a Comment