Subhanallah !
Saya baru ditimpa halangan dalam perkaitan permohonan pengeluaran KWSP untuk bayaran pengajian saya. Satu isu teknikal remeh yang tidak mesra pengguna pada pendapat saya. Hanya kerana perihal cop penama yang mengeluarkan surat pengesahan dari pihak universiti dan pengesahan keputusan, permohonan saya ditolak walaupun percubaan pertama lulus...Membosankan dan boleh dikatakan menggeramkan hati memandangkan sebagai seorang pekerja, ruang masa untuk saya mengulang prosidur yang sama untuk masalah ini adalah sikit. Apakan daya, ikhtiar telah dilakukan dan permintaatn tersebut adalah dari pihak berwajib negara yang mesti dipatuhi.
Namun hikmah disebaliknya, dikala saya melayani halangan ini, saya ditakdirkan mendapat rezeki berupa maklumat penting dalam membantu saya membuat keputusan seterusnya dalam melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi. Sesuatu yang penting yang minda bawah sedar saya tercari-cari akhirnya dibantu Allah dalam bentuk halangan yang tidak enak ini.
Saya terpegun dan bersyukur, nikmat Allah boleh datang dalam bentuk kesukaran dan musibah. Hanya sekiranya kita sanggup bersabar, tidak meremehkan nikmatNya dan berfikir secara baik sangka pada takdir Allah- Redho. Kuasa keyakinan positif yang kurang diberi perhatian.
Namun begitu, diingatkan kepada sesiapa yang ingin mendapatkan kelulusan pengeluaran KWSP untuk pendidikan, perlu mengambil berat dan menyemak surat sokongan dan pengesahan dari institusi pengajian anda agar selaras dengan permintaan prosidur KWSP. Jika tidak anda akan mengalami nasib yang sama dengan saya. Berikut perlu diberi perhatian walaupun remeh:
1. Pastikan individu yang menandatangani surat sokongan atau pengesahan dari institusi pengajian mempunyai cop nama individu tersebut dan surat telah dicop.
2. Salinan keputusan peperiksaan perlulah mempunyai pengesahan dari pusat pengajian secara manual bukan secara print dari online.
Harap menjadi iktibar..
InsyaAllah dipanjangkan umur hasil dari penemuan di atas akan saya nyatakan untuk teladan bersama bila waktunya.
Sunday, February 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment