Tuesday, February 23, 2010

Pertemuan Tanpa Duga

Asslamualaikum..

Tanpa disangka, saya bertemu bekas majikan saya. Seorang usahawan berjaya melayu islam dengan cara beliau sendiri. Membanggakan melihat pencapaian beliau. Bermula dengan sikap merendah hati memberi senyuman dan bersalam dahulu, tanpa diduga, beliau masih mengingati saya walaupun telah hampir 10 tahun berlalu.

Terharu juga kerana beliau masih mengenali saya dan malah menjemput saya"secara paksa" ke pejabat beliau (agak mewah dan besar) hanya sekadar bersembang dan mengembalikan silaturrahim. Beliau masih orang yang sama dari segi merendah diri(mungkin rahsia kejayaan beliau) walau beliau antara perintis keunikan bidang perniagaan yang beliau ceburi.

Sesuatu diluar dugaan, hubungan terputus akibat sedikit perselisihan dahulu kembali terjalin atas dasar hormat menghormati dan semangat perjuangan ekonomi. Cuma hari ini beliau adalah seorang pengusaha bumiputera yang berjaya dan mempunyai "brand" beliau sendiri dan telah terkenal di seluruh negara sedang saya kini seorang eksekutif seniour yang tidak sebegitu "panas baran" seperti dulu dan sudah berambut pendek:)

Mungkin ada hikmah pertemuan ini. Sebenarnya tersirat di hati rasa kagum atas kejayaan belaiu. Malah ada nasihat-nasihat beliau masih saya pegang sehingga kini. Boleh jadi beliau bakal menjadi salah satu mentor saya dalam jihad ini.

InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment