Thursday, February 25, 2010

Pertanyaan Fatwa Muamalat

Assalamualaikum..

Kemudahan teknologi maklumat. Terimakasih di atas inisiatif pihak JAKIM mengaplikasi teknologi maklumat dan mesra pengguna. Baru-baru ini, saya telah bertanyakan maklumat berhubung fatwa produk keluaran PNB di bahagian Muamalat JAKIM Putrajaya menerusi telefon. Sangat mudah dan mesra pengguna. Pegawai yang menerima panggilan secara dedikasi menyambungkan terus kepada pegawai yang berkenaan. Ustazah Norhalina bhgn cawangan Muamalat JAKIM dapat membantu mendapatkan informasi terkini dan jelas berhubung keraguan status fatwa perkaitan muamalat semasa.

Berikut adalah kandungan jawapan status dari pihak JAKIM menerusi email:--

Berikutan dengan soalan yang diutarakan oleh encik mengenai status hukum ASW 2020, ASM, ASD dan amanah Saham Satu Malaysia, sukacitanya kami ingin merujuk
isu ini kepada keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang kali ke-80 pada tahun 2008.
Keputusan muzakarah adalah sebagaimana berikut:

"Hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus"

Meskipun keputusan jawatankuasa fatwa ini lebih menjurus kepada kepada skim ASN dan ASB, keputusan ini juga turut terpakai bagi skim-skim yang lain yang ditawarkan oleh
pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Untuk makluman encik, pihak JAKIM telah menghubungi sendiri pegawai ASNB yang bertanggungjawab menguruskan dana-dana
di bawah ASNB. Berdasarkan penerangan pegawai berkenaan, skim-skim yang ditawarkan adalah hampir sama. Apa yang membezakan di antara dana-dana tersebut ialah dari sudut
prestasi pelaburannya (keuntungan) dan kadar risiko setiap dana.

Untuk makluman encik juga, ASNB telah melantik beberapa individu pakar syariah menjadi Ahli Jawatankuasa Syariah dalam ASNB. Secara umumnya jawatankuasa ini berperanan
untuk memantau skim-skim yang ditawarkan oleh ASNB supaya ianya sentiasa mematuhi lunas-lunas Syarak.

Semoga penjelasan ini dapat menjawab persoalan yang encik kemukakan.

Wallahu 'alam.

Sekian, terima kasih.

Wassalam


Mohamad Kamil bin Abu Talib
Penolong Pengarah (Cawangan Muamalat / Sosio Ekonomi)
Bahagian Perancangan & Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Gen: 03-8886 4000 Ext: 4218


No. Telefon sambungan terus pegawai JAKIM, Ustazah Norhalina: 03- 8886 4424.

Sekiranya terdapat kemusykilan dalam perihal muamalat, sila gunakan kemudahan yang sedia ada agar keputusan dan kefahaman kita lebih jelas dan tepat.

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment