Saturday, February 27, 2010

Hijrah

Assalamualaikum..

Semalam, 27 Februari 2010, saya memulakan langkah pertama dalam dunia perancangan kewangan. Melangkah sebagai prospek pelanggan agensi perancangan kewangan islam. Menarik sekali kerana saya banyak input maklumat dan ilmu saya pelajari. Antaranya ialah :

1. Perspektif tentang perlindungan takaful-

Sebelum ini saya sengaja tidak meletakkan perlindungan takaful hayat sebagai keutamaan atas dasar tiada keperluan kerana masih berstatus bujang. Walaubagaimanapun bilamana konsep harta menjadi sedekah berterusan menerusi wagaf dan bila saya diberitahu bahawa perlindungan takaful boleh diwakafkan sekiranya tiada waris, suatu perubahan perspektif berlaku secara radikal. Maknanya, melanggan perlindungan takaful dari masa bujang bukanlah sia-sia kerana pelaburan ukhrawi boleh dilakukan dengan mewasiatkan takaful kepada pihak yang memerlukan.

2. Hutang riba- PTPTN

Saya agak dikejutkan dari lena bila alasan hutang ini diluar kawalan individu untuk tidak terlibat dengan riba, bila wakil agensi menyebutkan tentang membuat pinjaman islamik untuk membayar sepenuhnya hutang PTPTN...hmmm.

3. Unit Trust Islamik

Wakil agensi tersebut menerangkan tentang pembahagian jenis-jenis dana Unit Trust Islamik kepada berikut:

i). Dana Agresif : Dana yang terlibat dalam pelaburan ekuiti melebihi dana pasaran wang (money market atau bon(sukuk)). Sesuai untuk pelaburan jangka panjang untuk pencen.

ii).Dana Sederhana/Seimbang : Dana yang terlibat dalam pelaburan ekuiti dan pelaburan pasaran wang yang sama, 50-50. Risiko sederhana dan pulangan sederhana. Tempoh pelaburan untuk jangkamasa 5 ke 10 tahun.

iii). Dana konservatif : Dana yang terlibat dalam pasaran wang melebihi pasaran ekuti. Risiko rendah dan pulangan rendah. Sesuai untuk pelaburan jangka pendek, 2 ke 3 tahun.

Langkah berikutnya saya menunggu wakil agensi menyediakan sebut harga dan usul prospek bagi dana-dana dalam Unit Trust Islamik. Untuk dana islamik Public Mutual, pelanggan akan dikenakan 5.5% dari jumlah amaun wang dilabur. Namun tiada caj dikenakan atas penjualan semula unit. Tiada fi kepada wakil agensi kerana komisen mereka dibayar oleh syarikat pengurusan dana unit trust tersebut cthnya dalam kes ini - Public Mutual Berhad.

4. Perbezaan antara Insuran dan Takaful:

i) Syarikat takaful adalah sebagai pengendali dana manakala syarikat insuran adalah penanggung risiko.

ii) Akad dalam jual beli insuran :

a- Barang
b- Penjual
c- Pembeli
d- Masa
e- Tempat.

walaubagaimanapun konsep tabaruk takaful saya masih belum jelas. Mungkin selepas ini saya dapat maklumat lebih rinci.

5. Bahawa Amanah Raya Berhad bukanlah satu-satunya sebagai Pemegang Amanah(trustee). Terdapat juga pemegang amanah swasta sperti - AS SAlihin.

Dan juga satu buku berkenaan perancangan kewangan berharga -RM20.00 telah saya rembat bertajuk : - KEMANA WANG ANDA. Tulisan Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Sharir yang juga pengasas agensi tersebut- Hijrah Wealth Management.

Selanjutnya akan saya tambah selepas pertemuan kedua dengan wakil agensi perancang kewangan. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment