Monday, April 12, 2010

Matlamat Pengurusan Kewangan dan Jihad Harta

Salam,

Berikut matlamat pengurusan harta muslim,

1. Hutang:

Hindari Riba, segera lunaskan, mengelak atau minimakan berhutang dan beri hutang kepada mereka yang benar-benar perlukan atas niat bersedia untuk bersedekah.

Ingat bahaya hutang- terjebak dengan dosa besar RIBA, hati menjadi dayus, suka meminta-minta dan paling merisaukan ialah amalan akan tergantung di sisi Allah hatta seorang syuhadah sekalipun.

2. Belanja:

Hindari pembaziran dan sikap boros. Utamakan keperluan. Minimakan belanja atas sebab kemahuan jika tidak hapuskan sama sekali. Bijak memilih dan mengurangkan kos sekiranya berpeluang.

Ingat bahaya berbelanja melampau- membesarkan nafsu dan syahwat serta cinta dunia, menzalimi diri sendiri dan mengundang kefakiran.

3. Menyimpan dan melabur:

Saya lebih suka meletakkan menabung seiring melabur kerana menabung seharusnya juga merupakan satu pelaburan yang diletakkan di tempat berisiko rendah. Manakala melabur pula tergolong kepada usaha niaga untuk mendapatkan keuntungan pada risiko sederhana dan tinggi.

Menabung semata-mata menabung adalah merugikan jika tabungan itu tidak bergerak mencipta pendapatan kerana harta yang disimpan beku terdedah kepada susutnilai atau inflasi(harta dalam nilai matawang. Ini tidak sihat kepada maslahat umum dalam menggerakkan ekonomi. Manakala harta yang ditabung dalam bentuk pelaburan dapat berperanan sebagai bekalan kecemasan disamping menambah pendapatan dan boleh dizakatkan.

Melabur pula boleh dilibatkan dengan penambahan modal samada nyata (modal niaga) atau modal ilmu. Tujuan melabur adalah untuk menambahkan pendapatan dan peningkatan harta dan sekaligus menambahkan kemampuan berzakat dan bersedekah.


4. Sedekah, Infaq dan Waqaf

Membelanjakan harta demi manfaat manusia dan umat demi mendapatkan keredhaan Allah. Dimulakan dengan penyucian harta subhah, membayar zakat, bersedekah, infaq dan melaksanakan waqaf semasa hiduo atau mewasiatkan setelah mati.

Pada saya inilah matlamat utama seorang mujahid ekonomi , hartawan salik dalam mencapai keselamatan dunia dan akhirat. Supaya keluarga dan masyarakat ditinggalkan dengan bekalan yang bermanfaat disamping menjadi bekalan pahala berterusan.

Inilah yang sayadapat kongsikan dalam perjalanan jihad ekonomi. Hidup bebas tanpa hutang dan meminta-minta sehingga terdedah untuk memakan riba, rasuah, pecah amanah dan mengambil melalui jalan haram. Agar harta dari cara mendapat,mengurus dan menyalurkannya diberkati Allah beserta niat Ikhlas kerana Allah swt semata-mata.

Sunday, April 11, 2010

Iktibar Skim Cepat Kayap

Assalamualaikum,

Ingin saya berkongsi tulisan saudara kita, Khairul Anwar Rahmat(Peguambela Syarie) dalam artikel beliau di mystaronline.

BONA FIDE (in good faith) ... Oleh KHAIRUL ANWAR RAHMAT

MASIH ingat cerita Labu Peram? Bagaimana dengan Pak Man Telo? Saya pasti ramai yang tersenyum mengenangkan dua skim pelaburan yang pernah menggegarkan negara kita suatu masa dahulu.

Ketika di usia remaja, acapkali saya mendengar keghairahan semua orang bercerita mengenai skim pelaburan yang sangat ‘menguntungkan’ itu. Ramai yang bertandang ke rumah memujuk ibu dan bapa saya untuk menyertainya.

Daripada jiran tetangga, saudara mara, sehinggalah kenalan yang baru pertama kali bertemu di majlis perkahwinan - semuanya seronok bercerita mengenai ‘kehebatan’ pelaburan yang sedemikian.

Masakan tidak, melabur sedikit, pulangan yang dijanjikan amatlah banyak sehingga tidak terjangkau akal fikiran. Misalannya, dengan melabur RM1,000 selama sebulan, peserta boleh mendapat bonus sehingga RM6,000.

Dalam istilah bahasa Inggeris, ia disebut sebagai ‘too good to be true’ atau ‘terlalu hebat untuk kita mempercayainya’. Saya tidak pasti sama ada ibu-bapa saya pernah menyertai skim-skim pelaburan seperti itu, namun saya pasti kedua-dua orang tua saya tidak pernah menepuk dahi, menjadi separuh gila atau berguling di atas tanah atau tikar akibat kehilangan wang beribu-ribu ringgit.

Ketika bertugas sebagai wartawan, saya pernah menyelongkar skandal pelaburan yang berkonsepkan skim cepat kaya. Ramai yang memberikan reaksi positif kerana baru tersedar betapa banyaknya syarikat yang berselindung di sebalik pelbagai nama tetapi menjalankan pelaburan ala skim cepat kaya.

Namun, ada juga yang menelefon di pejabat, mengugut dan menggertak supaya saya tidak meneruskan ‘peperangan’ saya dengan syarikat-syarikat tertentu. Namun, naluri kewartawanan saya mengatasi segala-galanya.

Oleh kerana siri laporan khas itu, saya mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri yang dipimpin ketika itu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kini, perjuangan di medan undang-undang menyaksikan saya terus berhadapan dengan kes penipuan berorientasikan skim cepat kaya. Ramai sudah yang tertipu. Beratus-ratus juta ringgit telah lesap begitu saja.

Tidak kurang juga banyak rumahtangga yang menjadi huru-hara. Ini semua akibat skim cepat kaya.

Kemunculan skim itu bersilih ganti dengan pelbagai rupa dan nama. Bermula dengan penyebaran surat berantai, skim cepat kaya juga berlaku melalui syarikat jualan langsung, produk kecantikan, barangan kesihatan, pelaburan hartanah, perniagaan berkonsepkan Islam dan sebagainya.

Jika dulu wang yang dikumpul daripada peserta disimpan di dalam labu sehingga wujud nama Labu Peram, kini kegiatan sedemikian turut memanfaatkan kemudahan teknologi dan internet sehingga terciptanya Swiss Cash.

Sebenarnya, setiap pengusaha skim cepat kaya menggunakan kaedah mudah ketika menjalankan operasi perniagan masing-masing. Mereka menggunakan pendekatan Ponzi iaitu diambil daripada nama Ponzi, rakyat Amerika berketurunan Itali yang berjaya menipu pelabur di New York, beberapa dekad lalu.

Mengikut kaedah Ponzi, langkah pertama yang harus dilakukan ialah mendapatkan sekumpulan pelabur. Misalnya, pelabur Kumpulan A. Pastikan Kumpulan A itu dapat mempengaruhi kumpulan pelabur lain iaitu Kumpulan B.

Seterusnya, wang yang dilaburkan pelabur Kumpulan B digunakan untuk membayar imbuhan atau dividen kepada kumpulan A. Imbuhan lumayan yang diberikan kepada Kumpulan A akan menarik minat kumpulan pelabur lain iaitu Kumpulan C untuk turut serta.

Putaran terus berlaku dengan wang pelaburan Kumpulan B digunakan untuk membayar imbuhan bagi Kumpulan C. Begitulah seterusnya sehingga tiada lagi kumpulan pelabur baru muncul atau sudah tiba masa bagi pengusaha menghilangkan diri.

Kaedah Ponzi ini sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa untuk mengelirukan peserta dan mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Sebenarnya, ada beberapa petua untuk mengenalpasti penipuan skim ini. Sekiranya ada syarikat yang terlalu menumpukan kepada usaha `menaja' ahli baru berbanding jualan produk, orang-ramai perlu lebih berhati-hati kerana sistem sedemikian menjurus kepada skim cepat kaya yang hanya menguntungkan segelintir pihak iatu mereka yang terdahulu menyertainya.

Penganjur skim cepat kaya juga menyediakan pelbagai pakej imbuhan lain untuk menarik lebih ramai orang menyertainya. Antaranya, memberikan insentif secara mingguan dan ada yang menerimanya secara harian.

Ada juga pengusaha yang memotong sebahagian daripada wang imbuhan untuk dimasukkan ke dalam 'tabung' untuk kenderaan mewah dan rumah. Untuk menambah keyakinan pelanggan baru, ada penganjur skim itu menawarkan insentif pelancongan terutama untuk menarik minat golongan suri rumah dan golongan berumur.

Apa yang kita tidak sedari ialah betapa skim cepat kaya menjadi punca keruntuhan kerajaan Albania pada suatu ketika dulu.Skim cepat kaya di Albania berasaskan skim piramid dan kejatuhan skim itu sekali gus memberikan kesan terhadap suasana politik dan sosial masyarakatnya.

Pada suatu ketika, nilai liabiliti (hutang) yang ditanggung skim piramid itu mencecah hampir separuh daripada aset dalam negara berkenaan.

Lebih memedihkan, kira-kira dua pertiga daripada penduduk Albania melabur dalam skim piramid itu. Apabila skim itu runtuh, ia menimbulkan keadaan huru-hara yang dahsyat dalam negara dan menjurus kepada kejatuhan kerajaan Albania.

Kerajaan sudah tidak mampu mengawal emosi orang-ramai yang begitu berang dengan kerugian yang mereka tanggung dan mencetuskan perang saudara yang menyebabkan hampir 2,000 orang terkorban.

Agak menghairankan saya, keruntuhan sebuah kerajaan kerana skim itu tidak sedikit pun menakutkan orang-ramai di negara ini. Walaupun semakin banyak syarikat yang disiasat dan penganjurnya didenda, namun jika muncul skim cepat kaya yang baru, pasti ada yang menyertainya kerana masing-masing pelabur sudah sedia menanggung risiko 'untung sabut timbul, untung batu tenggelam'.

Mengapa tidak kita laburkan wang hasil titik peluh ke dalam saham amanah yang diuruskan secara profesional? Pelaburan dan tabungan dalam firma pelaburan yang dijamin kerajaan serta syarikat kewangan berlesen amat terjamin kerana wang itu dijadikan dana untuk membeli aset dan sekuriti bagi mengukuhkan kedudukan kewangan.

Sebaliknya, skim cepat kaya bergantung sepenuhnya kepada `perniagaan manusia' dengan setiap pelabur perlu mencari sekumpulan pelabur lain untuk menambah dana yang ada bagi memberi pulangan kepada pelabur awal.

Apabila tiba tahap tepu iaitu tiada pelabur baru muncul, kejatuhan skim cepat kaya pun tiba. Segala-galanya menjadi kelam-kabut kerana wang orang-ramai sudah dikumpul, sedangkan segala janji yang diberikan sebelum ini tidak dapat dipenuhi.

Akibatnya, pelabur berasa tertipu dan mula membuat laporan polis dengan harapan pelaburan itu dapat diperolehi balik, sedangkan penganjur skim itu sudah lama melarikan diri bagi mengelakkan diri mereka dikesan.

Dari sudut undang-undang, Akta Syarikat 1965 menyebut syarikat tidak boleh mempelawa orang awam melaburkan wang kecuali syarikat yang mempelawa itu adalah syarikat awam. Selain itu, syarikat berkenaan hendaklah terlebih dahulu mengeluarkan satu prospektus untuk diedarkan kepada orang-ramai dan prospektus itu mesti mendapat kelulusan Pendaftar Syarikat.

Menurut Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 / Banking and Finance Institution Act 1989 (BAFIA) pula, hanya syarikat yang diberi keizinan kerajaan, berhak menerima deposit daripada orang awam.

Oleh itu, apabila sesebuah syarikat tidak mengeluarkan prospektus dan mempelawa orang-ramai mendepositkan wang mereka tanpa lesen sah, laporlah kepada pihak berkuasa kerana ia jelas melanggar peruntukan undang-undang sedia ada.

Syarikat berkenaan bukan saja boleh dikenakan denda yang tinggi, malah penganjur dan ahli lembaga syarikat itu juga boleh dikenakan hukuman penjara yang sangat berat.

Jika syarikat disyaki menjalankan skim cepat kaya, segala harta dan aset syarikat berkenaan akan dibekukan sementara menunggu hasil siasatan. Siasatan boleh dilakukan oleh polis, kementerian yang bertanggungjawab dengan hal-ehwal pengguna atau Bank Negara.

Penyiasatan mesti dilakukan dengan pantas dan jika syarikat disyaki menjalankan skim cepat kaya, syarikat itu diarah menghentikan operasinya serta-merta. Jika tindakan segera tidak diambil, dikhuatiri lebih ramai lagi yang menjadi mangsa penipuan.

Seterusnya, pihak berkuasa boleh menutup syarikat terbabit berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada atau atas beberapa faktor lain.

Kita berharap, lebih banyak pendedahan dapat dibuat demi mengekang skim cepat kaya daripada terus berleluasa. Pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang perlu diperhebatkan untuk melumpuhkan kegiatan yang berunsur penindasan ini.

Kita tidak mahu rakyat negara ini terus diperdayakan oleh pengusaha-pengusaha lintah darat yang menghirup keuntungan secara tidak sah!

Penulis ialah Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya serta Peguam Syariah di Mahkamah Tinggi Syariah. Beliau juga adalah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia. Segala pandangan dan pertanyaan boleh dikemukakan di alamat krulco@yahoo.com

Friday, April 9, 2010

Peluang Pelaburan dengan Petronas

Salam,

Satu maklumat untuk dipantau bagi pelaburan saham dijangka pada akhir tahun.

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) named its petrochemical business and Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE) as the two companies it will list on Bursa Malaysia by year-end.

“Like our other listed subsidiaries, these two new listings will allow the investing public to participate directly in some of Petronas’ businesses – in this case, our petrochemical and heavy engineering businesses,” said president and CEO Datuk Shamsul Azhar Abbas in a statement yesterday.

“We hope that these listings will add further depth to Bursa Malaysia.”

Petronas said its petrochemical business registered revenue of RM13bil for the year ended March 31, 2009. The business consists of a diverse product portfolio that ranges from olefins and polyolefins, fertilisers, industrial to speciality chemicals.

The business started with a capacity of 600,000 tonnes per year and had since grown to over 10 million tonnes of petrochemical products, with a significant regional market presence, said Petronas.

“Petronas’ petrochemical business takes pride in its operational excellence, having achieved world-class standards in manufacturing. The commencement of commercial operations of the mega methanol plant in Labuan in May 2009, with a world-scale capacity of 1.7 million tonnes per year, further strengthens its position as the biggest methanol producer in Asia-Pacific and fourth globally,’’ it said.

MISC Bhd subsidiary MMHE, which Petronas said is the country’s largest marine and heavy engineering entity, registered revenue of over RM4bil for the financial year ended March 31, 2009.


“MMHE’s performance is driven by three core businesses: engineering and construction services, marine conversion, and marine repair,’’ said Petronas.

“MMHE has grown to become an integrated engineering, procurement and construction contractor and liquefied natural gas tanker repair specialist with in-house capabilities and is committed to the pursuit of growth in strategic areas and enhancement of capability through investments in infrastructure, technology and human capital.”

Petronas said MMHE operated a yard in Pasir Gudang, Johor, which is one of the largest in the region and the only one capable of undertaking floating production storage and offloading and floating storage offloading conversions and fabrication of high tonnage offshore oil and gas structures in Malaysia.

The listing of two Petronas subsidiaires was announced by the Prime Minister at Invest Malaysia 2010.

Petronas’ other listed subsidiaries are Petronas Dagangan Bhd, Petronas Gas Bhd, KLCC Property Holdings Bhd and MISC.

The announcement yesterday drew little praise from analysts, but between the two companies, analysts said MMHE could be more appealing to investors given that the company would be contract driven and directly dependent on the oil and gas business cycle.

“There’s good growth in fabrication and the expectation is that revenue will grow strongly as the oil and gas exploration business is picking up,’’ said Maybank Investment Bank Bhd head of research Andrew Lee.

The downside, however, is that MMHE is already part of MISC and while the move will unlock value, it might not be assigned a higher market price to earnings ratio than its current parent.

Analysts said Petronas’ petrochemical business had a large revenue base but it might not be a favoured choice due to the nature of its business.

“Because of volatility and its cyclical nature, the price-earnings ratio will be low,’’ said OSK Research head Chris Eng.


UOB Kay Hian head of research Vincent Khoo said margins in the petrochemical business were low but that, however, depended on the business cycle.

He said the listings would be positive but it would not change the landscape of Bursa Malaysia.

Another issue analysts would be watching out for would be the free float of those two stocks on Bursa. The general complaint has been that the free float of some of the largest stocks on the stock exchange is low which tends to lead to thin trading volumes.


Rujuk: Staronline

Monday, April 5, 2010

ASB Calculation

Assalamualaikum,

Perkongsian maklumat berkenaan ASB.

Baru-baru ini dimaklumkan bahawa ASNB membuka cawangan yang berfungsi sepenuhnya di PUtrajaya. Maklumat berikut adalah :

Lot 27, Kompleks Perbadanan Putrajaya,
Presint 3, 62675 Putrajaya,
Tel : 03-8890 4880
Fax : 03-8890 4890

Maklumat seterusnya:

Pelaburan secara cek boleh dilakukan di caw. putrajaya namun perlu dilakukan dengan buku kerana perlu cek clearance.

Manakala convert buku ke sijil boleh dilakukan secara serta merta. Setiap sijil akan dikenakan caj dalam RM10 per sijil.

Untuk jualan semula sijil boleh dilakukan serta merta kecuali sijil yang bercagar. Sijil bercagar perlu mendapatkan surat pelepasan dari bank dan dilakukan di Pusat ASNB Jalan Ampang.

Dividen,

Pertanyaan boleh dilakukan secara telefon ke Pusat - 03 - 2050 5500 (En. Anuar) atau 03- 2050 5529(En. Darus).

Untuk mendapatkan kiraan terperinci, boleh memohon di caw. putrajaya dengan mengisi borang berkaitan dan dikenakan caj dalam kadar RM20.


Maklumat ini releven kepada mereka yang serius dalam percaturan pelaburan di ASNB untuk merangka strategi pelaburan yang paling minimum risikonya.

Saturday, April 3, 2010

Malaysia to have antitrust law, Akta Perniagaan dan Akta Suruhanjaya Persaingan

Alhamdullilah dan syabas kepada pihak kerajaan.


1. Akhbar Kosmo
Kabinet telah meluluskan perbentangan Akta Perniagaan dan Akta Suruhanjaya Persaingan bagi membendung kegiatan peniaga dan pemborong memonopoli bekalan barangan dalam pasaran.

Sehubungan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya yakin masalah tersebut dapat dibendung dengan berkesan selepas akta itu diwartakan sepenuhnya pada penghujung 2011.

2. Star online

Thursday, March 11, 2010

Maybank Islamik - Lucu

Salam,

Saya baru sahaja meluahkan kekecewaan saya kepada perunding khidmat pelanggan Maybank berkaitan isu permohona kad kredit dan balance transfer saya. Isunya " Kurang integriti dan adab".

Kes: Pakej balance transfer saya tidak diproses sehinggalah saya memberitahu kepada call centre.

Kes2 : Bahagian pemprosesan memandai-mandai secara unilateral meletakkan pakej balance transfer ke tempoh yang lain dari yang diminta dengan kadar caj peratusan yang lagi tinggi dan lebih lama... Ini memang mengundang amarah saya selaku pengguna. Maka dengan berat hati perunding khidmat pelanggan terpaksa menerima "berus ganas" saya tentang sikap kurang sopan dan kurang integriti pihak pemproses operasi Maybank berkaitan urusan balance transfer kad kredit saya..penutupnya saya memberi amaran bahawa mereka laksanakan seperti mana yang asal saya mohon atau menerima surat "happy letter" kepada bahagian aduan pengguna Maybank yang saya bersemangat untuk CC kan kepada Biro Pengantara Kewangan (BPK) , Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan National Consumer Complaint Centre (NCCC)..Ini untuk kebaikan reputasi Maybank sendiri supaya menjaga kredibiliti syarikat dan disiplin kakitangan mereka supaya jangan sembrono.

Public Bank - Kenapa ?

Salam,

Saya ingin membuka akaun semasa di Public Bank Islamik. Tujuannya untuk sebagai akaun terimaan bayaran bagi projek E.commerce. Namun begitu saya dapati pihak bank begitu kerenah dalam memberi kelulusan permohonan saya. Antaranya, saya perlu menyediakan surat untuk di isi oleh "introducer" kerana sebagai mengganti prosidur sepatutnya iaitu Pblic Bank memerlukan pemohon akaun semasa hadir bersama introducer sewaktu pembukaan akaun(tak munasabah langsung). Setelah borang permohonan dihantar, baru saya diberitahu pula "introducer" saya adalah status akaun syarikat dan memerlukan surat dan kolum "introducer" di cop dengan cop syarikat ( kenapa tak beritahu dari awal ? ). Paling hebatnya, Public Bank memerlukan minima deposit untuk membuka akaun semasa syarikat milikan tunggal berjumlah RM3000/- shj. Menjuarai Maybank yang memerlukan RM2000/-, CIMB RM1000/- dan RHB RM1000/-. Kenapa "kerek" sangat PB ni. hati saya berkata.

Sehinggalah saya berjumpa bekas pegawai kakitangan PB barulah saya diberitahu rasional sikap mereka yang saya rasakan kurang mesra pengguna. Menurut beliau, suasana dan sekatan yang kurang mesra pengguna ini adalah disengajakan dalam kes membuka akaun semasa. Kenapa begitu ? Jawapan beliau agak menarik dan berterus terang ialah " PB sebagai entiti berorientasikan untung cuba untuk menghadkan malah sebolehnya tidak mahu membuka lagi kemudahan akaun semasa kerana kos pentadbiran dan penyelenggaraan akaun semasa tidak menguntungkan...namun kerana garis panduan Bank Negara dan menjaga reputasi, mereka tidak boleh menolak sewenang-wenag permohonan pelanggan baru. Maka dengan cara merumitkan proses permohonan adalah satu cara sopan (kurang asam) untuk menolak permohonan pelanggan sehingga pelanggan bosan dan membatalkan niat. Namun malang bagi PB saya seorang yang keras dalam mencapai matlamat dan akhirnya segala permintaan remeh mereka berjaya saya penuhi. Akhirnya berjaya juga saya memiliki akaun semasa PB islamik untuk milikan tunggal saya.

hmmmm....untung dulu khidmat sosial paling akhir...mentaliti kapitalis tulen...

Saturday, March 6, 2010

Kad Kredit, Kad Caj, Kad Debit, Kat Prabayar

Salam.

American Express (AMEX), VISA dan MasterCard. Ketika ini sedang merangka penyusunan semula kemudahan kad di atas. Buat masa ini berikut susunan yang saya rangka untuk memaksimakan kemudahan di atas tanpa ada pertindihan penggunaan. Ini kerana pertindihan fungsi kemudahan kad akan merugikan kerana kerajaan telah mengenakan caj cukai jualan dan perkhidmatan (Sales and Service Tax) kepada pemilik kad kredit sebanyak RM 50/- untuk setiap kad kredit prinsipal..penat kalau tak mendatangkan hasil.

1. Kad caj(Charge Card) - VISA Classic - Bank Alrajhi* Masih dalam proses permohonan(Kad Caj lulus syariah pertama di Malaysia) Tempoh bertenang selama 55 hari tanpa caj. Kad yang saya manipulasi untuk kawalan aliran tunai. Memberi kemudahan kredit singkat berjumlah RM7K)

2. Kad kredit(Credit Card) - MasterCard Classic - Bank Islam(Kad Kredit pertama lulus syariah di Malaysia dan juga kad kredit pertama saya. Saya gunakan khusus untuk belian bahan bakar kenderaan (petrol) selain disimpan untuk kemudahan terdesak. Menambah kemudahan kredit berjumlah RM4K)

3. Kad kredit 2(Credit Card) - American Express Ikhwan Gold - Maybank Islamic (Ini kerana saya mencuba kemudahan "balance transfer" dari kemudahan kad kredit Bank Islam di atas. Kad ini juga satu-satunya Kad Kredit AMEX yang lulus syariah. Menyumbang kemudahan kredit singkat berjumlah RM5K)

* DARI JUMLAH KAD KREDIT DAN KAD CAJ DI ATAS SAYA MEMILIKI KEMUDAHAN KREDIT SINGKAT BERJUMLAH RM18,000 DENGAN LIABILITI DIPECAH KEPADA 3 KAD MASING-MASING RM5K, RM6K dan RM7K. INI UNTUK KEMUDAHAN PELABURAN ATAS PELUANG NOTIS SINGKAT.:)


4. Kad debit(Debit Card) - VISA Electron - Bank Alrajhi( Ini akaun ZamZam saya untuk ikhtiar pergi UMRAH/ Haji secara FREE :))

5. Kad Prabayar(Prepaid Card)*dalam rangka memohon - Prepaid MasterCard Ziqir - Bank Ambank (Menarik banyak fungsi yang akan diberitahu kelak antaranya sebagai peserta perlindungan bantuan kecemasan 24 jam khidmat kerosakan kenderaan. Kemudahan belian Online dan PAYPALL. Mendapat perlindungan Takaful percuma mengikut kategori. Saya bercadangan menggunakan Kad Platinum..hehehe)

Wassalam.

Sunday, February 28, 2010

Bank Islam Current Account

Salam,

Informasi diterima dari "call center" Bank Islam:

1. Akaun semasa(Current Account) peribadi memerlukan "introducer".

2. Jumlah minima yang perlu untuk mebuka akaun adalah RM1000.

3. Pemegang akaun boleh menggunakan kemudahan kad ATM tetapi dikenakan caj tahunan - RM8/-

4. Untuk penggunaan internet banking pemegang akaun dikenakan yuran setengah tahun bagi baki kurang dari RM1000 berjumlah RM10/- atau RM20/- bagi setahun.

5. Internet banking boleh digunakan untuk urusan pindahan wang ke dalam akaun Tabung Haji dan dikenakan caj transaksi berjumlah RM2/- per transaksi. Namun pemindahan wang dari Tabung Haji ke Bank Islam tidak boleh.

6. Pemindahan wang dari akaun atau dari mesin Bank Islam ke Tabung Haji boleh dilakukan di ATM dan dikenakan caj RM2/-. Pemindahan atau pengeluaran dari Tabung Haji juga boleh dilakukan di ATM dan dikenakan caj RM1/-.

7. Penukaran user ID perbankang internet boleh dilakukan dengan menulis surat kepada pihak Bank Islam.


Sekian untuk perkongsian maklumat bersama.

Wassalam.

Saturday, February 27, 2010

Buku Bulan Mac

Integriti Dan Islam : Aplikasi Berkesan Membangun Ummah


Buku yang saya kena beli.

Antara penulis - penulis buku ini adalah Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Prof Dato' Dr. Mohd Yusof Haji Othman, Haji Mustafar Haji Ali, Mohd Shauki Abd Majid, Dato' Haji Wan Mohamad Dato' Sheikh Abd Aziz, Dato' As-Sheikh Haji Nooh Gadut, Tan Sri Ismail Adam, Datuk Dr. Halim Shafie, Mejar Jeneral Dato' Jamil Khir Hj Baharom, Dato' Haji Zakaria Haji Jaafar, Datuk Prof. Madya Dr. Abu Bakar Mohamad Diah dan Dr. Adanan Mat Junoh.

Hijrah

Assalamualaikum..

Semalam, 27 Februari 2010, saya memulakan langkah pertama dalam dunia perancangan kewangan. Melangkah sebagai prospek pelanggan agensi perancangan kewangan islam. Menarik sekali kerana saya banyak input maklumat dan ilmu saya pelajari. Antaranya ialah :

1. Perspektif tentang perlindungan takaful-

Sebelum ini saya sengaja tidak meletakkan perlindungan takaful hayat sebagai keutamaan atas dasar tiada keperluan kerana masih berstatus bujang. Walaubagaimanapun bilamana konsep harta menjadi sedekah berterusan menerusi wagaf dan bila saya diberitahu bahawa perlindungan takaful boleh diwakafkan sekiranya tiada waris, suatu perubahan perspektif berlaku secara radikal. Maknanya, melanggan perlindungan takaful dari masa bujang bukanlah sia-sia kerana pelaburan ukhrawi boleh dilakukan dengan mewasiatkan takaful kepada pihak yang memerlukan.

2. Hutang riba- PTPTN

Saya agak dikejutkan dari lena bila alasan hutang ini diluar kawalan individu untuk tidak terlibat dengan riba, bila wakil agensi menyebutkan tentang membuat pinjaman islamik untuk membayar sepenuhnya hutang PTPTN...hmmm.

3. Unit Trust Islamik

Wakil agensi tersebut menerangkan tentang pembahagian jenis-jenis dana Unit Trust Islamik kepada berikut:

i). Dana Agresif : Dana yang terlibat dalam pelaburan ekuiti melebihi dana pasaran wang (money market atau bon(sukuk)). Sesuai untuk pelaburan jangka panjang untuk pencen.

ii).Dana Sederhana/Seimbang : Dana yang terlibat dalam pelaburan ekuiti dan pelaburan pasaran wang yang sama, 50-50. Risiko sederhana dan pulangan sederhana. Tempoh pelaburan untuk jangkamasa 5 ke 10 tahun.

iii). Dana konservatif : Dana yang terlibat dalam pasaran wang melebihi pasaran ekuti. Risiko rendah dan pulangan rendah. Sesuai untuk pelaburan jangka pendek, 2 ke 3 tahun.

Langkah berikutnya saya menunggu wakil agensi menyediakan sebut harga dan usul prospek bagi dana-dana dalam Unit Trust Islamik. Untuk dana islamik Public Mutual, pelanggan akan dikenakan 5.5% dari jumlah amaun wang dilabur. Namun tiada caj dikenakan atas penjualan semula unit. Tiada fi kepada wakil agensi kerana komisen mereka dibayar oleh syarikat pengurusan dana unit trust tersebut cthnya dalam kes ini - Public Mutual Berhad.

4. Perbezaan antara Insuran dan Takaful:

i) Syarikat takaful adalah sebagai pengendali dana manakala syarikat insuran adalah penanggung risiko.

ii) Akad dalam jual beli insuran :

a- Barang
b- Penjual
c- Pembeli
d- Masa
e- Tempat.

walaubagaimanapun konsep tabaruk takaful saya masih belum jelas. Mungkin selepas ini saya dapat maklumat lebih rinci.

5. Bahawa Amanah Raya Berhad bukanlah satu-satunya sebagai Pemegang Amanah(trustee). Terdapat juga pemegang amanah swasta sperti - AS SAlihin.

Dan juga satu buku berkenaan perancangan kewangan berharga -RM20.00 telah saya rembat bertajuk : - KEMANA WANG ANDA. Tulisan Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Sharir yang juga pengasas agensi tersebut- Hijrah Wealth Management.

Selanjutnya akan saya tambah selepas pertemuan kedua dengan wakil agensi perancang kewangan. InsyaAllah.

Thursday, February 25, 2010

Pertanyaan Fatwa Muamalat

Assalamualaikum..

Kemudahan teknologi maklumat. Terimakasih di atas inisiatif pihak JAKIM mengaplikasi teknologi maklumat dan mesra pengguna. Baru-baru ini, saya telah bertanyakan maklumat berhubung fatwa produk keluaran PNB di bahagian Muamalat JAKIM Putrajaya menerusi telefon. Sangat mudah dan mesra pengguna. Pegawai yang menerima panggilan secara dedikasi menyambungkan terus kepada pegawai yang berkenaan. Ustazah Norhalina bhgn cawangan Muamalat JAKIM dapat membantu mendapatkan informasi terkini dan jelas berhubung keraguan status fatwa perkaitan muamalat semasa.

Berikut adalah kandungan jawapan status dari pihak JAKIM menerusi email:--

Berikutan dengan soalan yang diutarakan oleh encik mengenai status hukum ASW 2020, ASM, ASD dan amanah Saham Satu Malaysia, sukacitanya kami ingin merujuk
isu ini kepada keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang kali ke-80 pada tahun 2008.
Keputusan muzakarah adalah sebagaimana berikut:

"Hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus"

Meskipun keputusan jawatankuasa fatwa ini lebih menjurus kepada kepada skim ASN dan ASB, keputusan ini juga turut terpakai bagi skim-skim yang lain yang ditawarkan oleh
pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Untuk makluman encik, pihak JAKIM telah menghubungi sendiri pegawai ASNB yang bertanggungjawab menguruskan dana-dana
di bawah ASNB. Berdasarkan penerangan pegawai berkenaan, skim-skim yang ditawarkan adalah hampir sama. Apa yang membezakan di antara dana-dana tersebut ialah dari sudut
prestasi pelaburannya (keuntungan) dan kadar risiko setiap dana.

Untuk makluman encik juga, ASNB telah melantik beberapa individu pakar syariah menjadi Ahli Jawatankuasa Syariah dalam ASNB. Secara umumnya jawatankuasa ini berperanan
untuk memantau skim-skim yang ditawarkan oleh ASNB supaya ianya sentiasa mematuhi lunas-lunas Syarak.

Semoga penjelasan ini dapat menjawab persoalan yang encik kemukakan.

Wallahu 'alam.

Sekian, terima kasih.

Wassalam


Mohamad Kamil bin Abu Talib
Penolong Pengarah (Cawangan Muamalat / Sosio Ekonomi)
Bahagian Perancangan & Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Gen: 03-8886 4000 Ext: 4218


No. Telefon sambungan terus pegawai JAKIM, Ustazah Norhalina: 03- 8886 4424.

Sekiranya terdapat kemusykilan dalam perihal muamalat, sila gunakan kemudahan yang sedia ada agar keputusan dan kefahaman kita lebih jelas dan tepat.

Wallahualam..

Wednesday, February 24, 2010

Kaya vs Miskin

Bolehkah kita bersifat kaya dan miskin dalam masa yang sama ??

Teori saya adalah,

Ya, boleh dan sepatutnya.


Sikap, kerja, berbelanja dan mengurus kewangan macam orang miskin.

(Maksudnya): Rendah hati, jujur, patuh dan sabar, rajin dan bersungguh, jimat cermat, teliti dan berwaspada.

(Berhati-hati dan cegah pula:) Pujukan rasuah, pecah amanah, menipu kerana terdesak.

Minda, peribadi, jiwa, berniaga, bersedekah dan melabur macam orang kaya.

(Maksudnya): Tajam rinci, peka meluas, kritis-negatif, kreatif-optimis dan pandangan jauh, yakin dan berani, mengambil risiko bersifir, murah hati berpada, mengambil peluang dengan terancang.

(Berhati-hati dan cegah pula:) Tamak rasuah, zalim ikhtikar, menafikan zakat dan sedekah.

Tuesday, February 23, 2010

Prosidur Pembatalan Cek-Bank Muamalat

Assalamualaikum...

Perkongsian informasi penggunaan cek.

Senario:

A. Cek yang ingin dibatalkan akibat tersalah amaun ditulis dan telah diserah kepada penerima tetapi belum di sempurnakan lagi(i.e : belum bank-in)

Prosidur:

1. Maklum kepada bank pengeluar cek.
2. Cek akan diberhentikan proses
3. Bank akan mengenakan caj duti setem.i.e = RM0.15

B. Cek tersalah amaun yang telah diserah kepada penerima dan telah disempurnakan/ dibank-in.

Jawapan: Bank pengeluar tidak dapat berbuat apa-apa.

C. Cek tersalah amaun dan jumlah wang dibank pengeluar cek kurang dari amaun yang ditulis di dalam cek tersebut.

cth: Jumlah dalam cek = RM5000 , jumlah wang dalam akaun semasa RM 4500.

1. Maka maklumkan kepada bank pengeluar cek.
2. Bank pengeluar cek akan mengenakan caj RM100.(Inisiatif bank mengelak pengguna cek menggunakan taktik untuk helah dari di kenakan penalti Bank Negara.

Sekiranya terdapat 3 cek dikeluarkan dipulangkan kerana amaun wang di dalam akaun semasa kurang, Bank Negara akan mengambil rekod dan penalti berupa disenarai hitam dan tidak dibenarkan membuka fasiliti akaun semasa bank lain mahupun menggunakan fasiliti akaun semasa yang sedia ada-Kes serius

Pertemuan Tanpa Duga

Asslamualaikum..

Tanpa disangka, saya bertemu bekas majikan saya. Seorang usahawan berjaya melayu islam dengan cara beliau sendiri. Membanggakan melihat pencapaian beliau. Bermula dengan sikap merendah hati memberi senyuman dan bersalam dahulu, tanpa diduga, beliau masih mengingati saya walaupun telah hampir 10 tahun berlalu.

Terharu juga kerana beliau masih mengenali saya dan malah menjemput saya"secara paksa" ke pejabat beliau (agak mewah dan besar) hanya sekadar bersembang dan mengembalikan silaturrahim. Beliau masih orang yang sama dari segi merendah diri(mungkin rahsia kejayaan beliau) walau beliau antara perintis keunikan bidang perniagaan yang beliau ceburi.

Sesuatu diluar dugaan, hubungan terputus akibat sedikit perselisihan dahulu kembali terjalin atas dasar hormat menghormati dan semangat perjuangan ekonomi. Cuma hari ini beliau adalah seorang pengusaha bumiputera yang berjaya dan mempunyai "brand" beliau sendiri dan telah terkenal di seluruh negara sedang saya kini seorang eksekutif seniour yang tidak sebegitu "panas baran" seperti dulu dan sudah berambut pendek:)

Mungkin ada hikmah pertemuan ini. Sebenarnya tersirat di hati rasa kagum atas kejayaan belaiu. Malah ada nasihat-nasihat beliau masih saya pegang sehingga kini. Boleh jadi beliau bakal menjadi salah satu mentor saya dalam jihad ini.

InsyaAllah.

Monday, February 22, 2010

Menjadi Jutawan dan Mendapat Phd dalam masa 5 Tahun !

Assalamualaikum..

Satu pernyataan yang saya terlepas cakap kepada sahabat saya ketika berbincang tentang perancangan pelaburan beliau selepas mendapat habuan VSS(Voluntary separation scheme) walaupun dalam skim "Retrenchment".

Simpati dan empati di hati kepada sahabat saya dan bersyukur giliran saya belum menjemput untuk skim pengurangan pekerja ini. Atas dasar persahabatan saya meluangmasa yang berharga untuk mendengar keluhan dan soalan beliau berhubung perancangan pelaburan dalam keadaan mendesak dan kritikal ini. Seperti biasa saya gemar memberimaklum balas idea positif yang kritis. Iaitu tidak membiarkan keluhan berterusan tetapi *memutasikan* keluhan itu dengan pandangan provokatif supaya semangat juang beliau kembali naik dari berputus-asa yang sedia maklum perbuatan "haram" bagi seorang muslim.

Terus terang saya sendiri seorang yang masih amatur dan terkial-kial dalam ilmu pelaburan. Tetapi keyakinan saya kepada konsep bermusyawarah mencari hikmah pasti memberi sekurang-kurangnya asas penentuan masalah dan penyelesaian. Alhamdulillah, hujah dan pandangan tegas berselit dalam perbincangan menjadikan sesi "lepak berisi" kami membuahkan hasil iaitu motivasi menganalisa beberapa pilihan pelaburan dengan lebih rinci. Saling bertukar-tukar maklumat peluang dalam sesi agak santai dan humor.:)

Apa relevennya sesi itu dengan pernyataan saya tadi ? Ya, jawapannya diri saya sendiri tanpa sengaja ketika teruja untuk mencabar kemampuan sendiri sewaktu memberi perangsang kepada sahabat saya. Mustahil ?? . "Tiada yang mustahil" jawab sahabat saya. "YES!" itu yang saya harapkan dari mulut beliau sendiri agar keluar dari kemurungan yang boleh mebawa kepada penyakit hati "putus-asa".

Tetapi berbalik kepada pernyataan yang terlajak itu tadi. Seperti biasa bak kata pepatah" terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata......(terpulang kepada anda menyambungnya). Jadi pendirian saya "Tiada yang mustahil", sama seperti sahabat saya tadi.

Bagaimana merealisasikannya ?

Jawapan : Teori Kon -

1. Menjadi apex di lingkaran komuniti yang saling berkait dalam manfaat bersama.
2. Selektif dalam komuniti dan bersabar membina armada yang besar.
3. Armada besar kepada konsortium-konsortium produktif.(Bukan konsortium menjatuhkan puak lain dalam politik pejabat dan sewaktu dengannya)

4. Tunggu sehingga teori di atas disahkan...
5. Hand break sekejap....

Kritikan : Kalau gagal ?

Jawapan : Saya memang syok sendiri tetapi tak menyusahkan orang lain.hehe

Wallahualam...

Sunday, February 21, 2010

Maximise, Reduce, Diversify

Satu kombinasi polisi terkini saya dalam perniagaan.

1. Maximise - Maksimakan perolehan dan manfaat anda

2. Reduce - Kurangkan kos dan liabiliti anda

3. Diversify - Pelbagaikan sumber perolehan dan manfaat anda dan pecahkan tanggungan kos dan liabiliti anda.

Polisi yang mepengaruhi halatuju, perancangan dan tindakan saya.

Rezeki datang dari kesukaran

Subhanallah !

Saya baru ditimpa halangan dalam perkaitan permohonan pengeluaran KWSP untuk bayaran pengajian saya. Satu isu teknikal remeh yang tidak mesra pengguna pada pendapat saya. Hanya kerana perihal cop penama yang mengeluarkan surat pengesahan dari pihak universiti dan pengesahan keputusan, permohonan saya ditolak walaupun percubaan pertama lulus...Membosankan dan boleh dikatakan menggeramkan hati memandangkan sebagai seorang pekerja, ruang masa untuk saya mengulang prosidur yang sama untuk masalah ini adalah sikit. Apakan daya, ikhtiar telah dilakukan dan permintaatn tersebut adalah dari pihak berwajib negara yang mesti dipatuhi.

Namun hikmah disebaliknya, dikala saya melayani halangan ini, saya ditakdirkan mendapat rezeki berupa maklumat penting dalam membantu saya membuat keputusan seterusnya dalam melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi. Sesuatu yang penting yang minda bawah sedar saya tercari-cari akhirnya dibantu Allah dalam bentuk halangan yang tidak enak ini.

Saya terpegun dan bersyukur, nikmat Allah boleh datang dalam bentuk kesukaran dan musibah. Hanya sekiranya kita sanggup bersabar, tidak meremehkan nikmatNya dan berfikir secara baik sangka pada takdir Allah- Redho. Kuasa keyakinan positif yang kurang diberi perhatian.

Namun begitu, diingatkan kepada sesiapa yang ingin mendapatkan kelulusan pengeluaran KWSP untuk pendidikan, perlu mengambil berat dan menyemak surat sokongan dan pengesahan dari institusi pengajian anda agar selaras dengan permintaan prosidur KWSP. Jika tidak anda akan mengalami nasib yang sama dengan saya. Berikut perlu diberi perhatian walaupun remeh:

1. Pastikan individu yang menandatangani surat sokongan atau pengesahan dari institusi pengajian mempunyai cop nama individu tersebut dan surat telah dicop.

2. Salinan keputusan peperiksaan perlulah mempunyai pengesahan dari pusat pengajian secara manual bukan secara print dari online.

Harap menjadi iktibar..

InsyaAllah dipanjangkan umur hasil dari penemuan di atas akan saya nyatakan untuk teladan bersama bila waktunya.

Langkah ke 2 berhasil

Alhamdulillah !

Tahun ini saya berjaya membuka akaun semasa islamik untuk syarikat milikan tunggal saya. Tiga akaun dalam masa sebulan dengan pendapatan eksekutif sederhana tanpa mengganggu reputasi komitment yang sedia ada. Syukur kepada Allah swt yang memberikan kekuatan disiplin dalam langkah pasif saya menjadi usahawan separuh masa.

Semoga dimudahkan langkah seterusnya. Amin...

Saturday, February 20, 2010

Business Jihad

Blog yang sangat saya minati. Milik tokoh korporat muslim berjaya, Yg berbahagia Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO Johor Corporation (JCorp). Antara sumber inspirasi dalam perjuangan ekonomi individu saya dan berharap menjadi perjuangan saf-saf yang terpilih.

Satu post menarik beliau berkenaan gerak kerja berorganisasi dalam menjayakan entiti perniagaan wajar di ambil perhatian. Ikuti tulisan beliau bertajuk - BUNYANUN MARSUS - STRATEGI ORGANISASI UNTUK JIHAD BISNES di http://www.businessjihad.com


p.s - Title blog saya berubah dari "My Path" ke "My Jihad" kerana yang sebelum bersifat begitu individualistik kerana "Jihad" melingkupi tanggungjawab jemaah dan ummah.

Salam Jihad

Asslamualaikum!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Allah Maha Pengampun tempat kita bergantung dan berharap. Pemberi rezeki yang halal. Pengampun dosa-dosa dan kealpaan kita. Pelindung yang digeruni dan tempat mengadu yang kita harapkan kasih sayang sejati. Penyelamat kita di dunia dan di akhirat.

Blog ini diwujudkan dengan harapan menjadi pelantar komprehensif setempat, OSC(one stop centre) untuk rujukan dan sumbangan informasi serta idea berkaitan isu dan peluang aktiviti ekonomi dari sudut shariah mencakupi perihal aktiviti menjana pendapatan halal, prospek dan peningkatan kerjaya, analisa dan pengurusan risiko, peluang dan pengurusan perniagaan, teknologi-logistik-R&D dunia perniagaan, pencarian sumber modal halal, jualan-pemasaran trend semasa, kawalan kewangan, perancangan pelaburan, dasar dan perundangan, hak kepenggunaan, kebijaksanaan perbelanjaan, pembersihan harta, saluran amalkebajikan dan infaq serta pewarisan demi manfaat bersama.

Saudara dan saudari muslimin mahupun yang bukan muslim di jemput memberi informasi, pandangan, idea, pertanyaan, kritikan dan hujah atas dasar keterbukaan liberalisasi maklumat. Namun mestilah dengan berasaskan fakta sahih, beradab dan berbatas norma supaya terhasil hikmah demi penambahbaikan bersama.

Mudah-mudahan sumbangan kerdil ini diberkati Allah dan menjadi manfaat buat semua.
InsyaAllah.